Followers

Biography


Dari coretan wartawan Majalah Pengantin, terbitan Karangkraft, Malaysia.

Nora Aziz Recently
Nora Aziz adalah satu nama yang sememangnya sudah lama terkenal dan tidak asing lagi di negara Malaysia ini terutamanya bagi penglibatan beliau secara serius dan juga professional di dalam seni solekan dan juga Andaman.  Hasil sentuhan dari Nora Aziz yang juga merupakan Pengarah Urusan Nora Bridal Creation yang mula bertapak maju sejak tahun 1998 sehingga kini, sering mendapat liputan dari majalah-majalah tempatan dan juga perhatian ramai terutamanya dari kalangan artis tempatan dan juga orang  kenamaan.

Di antara artis tanah air yang pernah mendapatkan sentuhan anggun daripada Nora Aziz adalah Wardina Saffiyah Fadlullah dan juga pasangannya Ikhwan Johari, Azzan Addin Ruffedge dan pasangannya Ammelia, Wahida dan pasangannya Akhil Khay dan ramai lagi.  Kini setelah Nora Aziz mengambil pengkhususan mendalam didalam bidang Makeup Artistry peringkat Master di World Master Certificate UK, MAC Pro New York dan akhir sekali pernah diberikan peluang keemasan dan juga kesempatan untuk menjadi tutor di dalam bidang yang sama di University of Adelaide, Australia, beliau melangkah setapak lagi dengan membuka studio latihan persolekan, bertaraf Professional  yang di beri nama Nora Bridal CreationThe Professional Makeup Studio- .

NBC Make up studio at former location Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur.
Studio ini telah ditubuhkan pada tahun 2000 sehingga kini. Ia ditubuhkan untuk melatih generasi baru yang ingin berjinak-jinak di dalam industry seni persolekan tanah air dengan melabelkan diri mereka selepas tamat kursus sebagai MUA Professional dan juga bagi mendalami diri tentang seluk beluk perniagaan di dalam bidang andaman mengikut peredaran dan juga trend semasa.  Sehingga kini sejak penubuhannnya , Nora Aziz telah melatih hampir 3000 peserta, dan Alhamdulillah oleh kerana sikap beliau yang tekun, ikhlas dan tidak pernah lokek di dalam mencurahkan ilmu, telah ramai diantara pelajar-pelajarnya  berjaya mengikuti jejak langkah Nora Aziz. Ada diantara anak didiknya yang telah berjaya mencipta nama besar seperti Ian Sham, Naza Derina, Sue Hashim, Lela Kadir, Danti dan ramai lagi.

Oleh kerana testimoni nya yang cemerlang ini, beliau tidak putus-putus mendapat bilangan pelajar yang ramai bagi mengikuti kursus-kursus seni solekan bersamanya.  Mungkin juga ini adalah kerana “Aura” Nora Aziz itu sendiri  telah membuatkan ramai diantara pelajarnya menjadikan Nora Aziz sebagai contoh dan ilham untuk anak didiknya berjaya mengikuti jejak langkahnya.  Di tanya akan apa petua kejayaannya?, dengan sikap merendah diri beliau berkata, tiada apa-apa yang istimewa selain daripada sentiasa berusaha , tidak berhenti menimba ilmu disebabkan trend dan teknik semasa sentiasa berubah-ubah mengikut musim, tidak iri hati akan pencapaian cemerlang orang lain, malah menjadikan ia-nya sebagai ilham dan juga cabaran untuk dirinya lebih maju setapak ke hadapan.  Dan yang paling penting harus jujur dan ikhlas di dalam membimbing orang lain untuk maju jaya seperti dirinya.  Ini adalah kerana misi Nora Aziz menubuhkan studio latihan persolekan ini adalah untuk menjadi seorang pendidik yang berhemah dan melahirkan lebih ramai lagi MUA yang professional.

Setelah hampir 20 tahun bertapak di Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk memiliki premis perniagaannya sendiri yang bertempat di Nilai, Negeri Sembilan yang juga tanah air kelahirannya.  Premis perniagaan baru Nora Bridal Creation akan mula beroperasi InsyaAllah pada bulan  July, 2012 nanti dan Nora Aziz berjanji akan mengumumkannya melalui majalah-majalah tempatan.  Yang pasti selepas menapak di lokasi perniagaan yang baru, Nora Aziz yang tidak tandus dari ilham dan idea-idea baru akan menyediakan pelbagai program yang berkaitan dengan kursus-kursus seni solekan dan juga bidang yang berkaitan dengan perniagaan andaman– *Zety Sakinah Dewi*

5 years ago
Translation in English

From snippets of "Pengantin Magazine".

Nora Aziz Recently
Nora Aziz is a name which was already popular and no longer stranger known in Malaysia especially for her involvement in serious and professional in the art of makeup and the local fashion industries. Nora who is also Managing Director of Nora Bridal Creation, debut for bridal business development since 1998 until now.

After of 25 year involvement, her story write up has always been the coverage of local magazines and also the attention of many, particularly among local artists and dignitaries.who also keen to know about latest information on make up trend and also latest hot fashion on the net.Among the artists who never get home an elegant touch of Nora is Wardina Saffiyah Fadlullah, and her mate of honor Ikhwan Johari, Hip hop singer Azzan Ruff-edge and his be-loving wife Amelia, Singer and actress Wahida with her partner Akhil Khay and many more. Before a serious involvement Nora Aziz took a deep specialization in the field of Makeup Artistry at World Master Certificate in UK, MAC Pro New York, and finally was given the opportunity and the chance to become a tutor in the same field at the University of Adelaide, Australia, she finally moved step further by opening a studio for make-up training, a professional class which named Nora Bridal Creation - The Professional Makeup Studio,.

Make up a studio at NBC's former location Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur.


This studio was founded in 2000 to date. It was established to train a new generation who want familiarized herself in the art cosmetics industry to label themselves home after completion of the course as a Professional MUA and also to explore themselves about the intricacies of business in the areas of circulation towards Bridal field and also cosmetic industries according to current trends. Up to now since it's lounge , Nora Aziz has trained nearly 3000 participants, and congratulate because of her attitude diligent, honest and never stingy in the pouring of knowledge, has many of her former students managed to follow the footsteps of Nora Aziz. Certain of her players in this field have created big names like Ian Sham, Naza Derina, Sue Hashim, Lela Kadir, Danti, and many more.

As testimony to her achievements, her academy never fail to accommodate number of students for courses with her make-up art. Perhaps this is because the signature Nora Aziz herself has made many of the students make Nora Aziz as an example and inspiration to them as a role model and with the wide knowledge sharing many of them managed to follow in her footsteps. Tips of what make's her success in this field?, With a humble, she said, nothing special other than keep trying, do not stop seeking knowledge because of the current trends and techniques changing with all seasons without notice, do not envy the achievements of other outstanding but also making it as her inspiration and challenges in order to make her move more advanced and step forward. And most importantly, be honest and sincere in guiding others to be advance. This is Nora Aziz mission on set up studio make-up training in order to develop prudent manner quality students and produce more professional MUA in the current industries.


After almost 20 years based in Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur, Nora Aziz finally decided to have her own business premises located in Nilai, Negeri Sembilan, who is also the homeland of her birth. New business premises Nora Bridal Creation willing to be operational in July, 2012 and Nora Aziz promised to announce it through the local magazines. To be sure after stepping on a new business location, Nora Aziz, who is not barren of inspiration and new ideas will provide a variety of programs related to the make-up art courses as well as business related in Bridal field and fashion.


By  Zety Sakinah (Journalist Pengantin Magazine) 



Former Nora Bridal Creation at Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur.



No comments:

Post a Comment