Followers

Latest News

Kursus Modeling Pada 2/9/2012

Sepatutnya dari awal lagi saya ingin update mengenai kursus Modeling yg tidak lama dulu kami anjurkan namun oleh kerana kesibukan masa dan akan Instagram yang baru sahaja saya explore maka rutin ini agak terbantut.  Namun saya tidak mahu ketinggalan mengupdate kursus modeling ini.  Di mana ia adalah kali kedua cycle 2 untuk kursus basic to advance.

Pada kursus yang di hadiri hampir 28 orang peserta ini, kesemua Model yang hadir sebenarnya kebanyakan daripada mereka adalah yang berpengalaman dan ada di antara mereka telah pun mencipta nama di dunia fashion tanah air, namun oleh kerana credibility NBC, maka ramai di antara mereka tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kursus ini, dan saya kira ia adalah class yang paling ramai ~ dan saya amat bersyukur di atas sokongan dan juga sambutan yang di berikan.

Sebenarnya apa yang menarik di NBC adalah instructor yg di jemput khas iaitu Madoks Charles adalah dari negara Nigeria, Africa dan seandainya anda lihat profile nya di dalam FB sememangnya beliau tidak nampak ciri-ciri sebagai seorang Trainer atau pun Instructor.  Maklum ada orang menggunakan laman FB hanya untuk keperluan peribadi sahaja get connected to friend world ~ akan tetapi bagi saya pula untuk menjadi tenaga pengajar di NBC ia bukan sekadar tangkap muat ~ asalkan ada gaya, saya hire.  Sorry to said sebagai academy yang berdaftar, bertauliah dan juga berlesen sudah tentulah saya memerlukan individu yang bertauliah dan tolak tepi kebolehan seseorang itu pandai berbahasa Inggeris kerana semua orang juga pandai bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Kesemua tenaga pelajar kami perlu berkelayakan sejajar degan sijil VTO yg telah di berikan oleh Kementerian Kemahiran Pembangunan Malaysia dan setiap tenaga pelajar kelayakannya harus di maklumkan kepada SKM.  Ini supaya skill pembelajaran yang di berikan terus kepada pelatih harus menepati criteria kursus dan semua Instructor harus hadiri interview yang ketat dan dengan pengalaman yang di miliki oleh Madoks Charles, kami sebenarnya tidak tersilap pilih, beliau bukan sahaja anak didik Model Antarabangsa Tyra Banks malah juga beliau mempunyai Modeling Agencies sendiri di negara Africa yang di kelolakan oleh kakak sulungnya.

Apa yang pasti rata-rata kesemua Model yang mengikuti kursus bersama-sama kami berpuas hati dan mereka akui bahawa skill pembelajaran adalah mengikut skop pembelajaran Antarabangsa.  Justeru itu jangan teragak-agak untuk mengikuti kursus modeling ini bersama-sama dengan kami kerana setelah tamat latihan kesemua Talent atau pun individu akan di serapkan masuk ke dalam NBC Walk of Fame Model Management Group di Facebook di mana di sana nanti pelbagai informasi terkini untuk dunia Modeling akan di berikan kepada mereka dari masa ke semasa dan juga beberapa project bagi mengenengahkan bakat mereka.   Dan ini adalah inisiatif saya bagi menyokong perjuangan dan juga minat mereka di dalam kerjaya yang ingin mereka ceburi.  Dan saya bersyukur juga kerana ada pihak akhbar dan juga Majalah yang sudi berkaloborasi dengan saya seperti Utusan Malaysia.com dan juga Stailista Magazine terbitan Suri Media.

Kepada anda yang berminat bolih lah email saya direct di : norabridalcreationbynoraaziz@gmail.com

NBC Modeling Instructor - Madoks Charles (Nigeria, Africa)
NBC Biggest Class Ever
The Graduation on 2/9/2012. From Left: Fiz Manja, Natasha Nazmi, Dia Muzaffar Junior & Adinda Keliru.

Mimpi Menjelang Kemerdekaan.
31/8/2012

Saya ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua penduduk di Malaysia.  Cuti sempena raya masih lagi di rasai namun schedule telah pun penuh dengan pelbagai agenda di mana kursus Modeling akan di mulakan pada 2hb September, 2012 dan juga 9hb September, 2012.  Di susuli pula dengan project shooting yang berlainan menuju alaf 2013.

Sebenarnya saya agak sebuk menanti ambang bulan September 2012 ini dengan pelbagai project untuk kursus-kursus yang saya anjurkan dan juga project shooting namun ia tidak membataskan saya untuk melupakan laman blog page ini cuma kekangan masa, saya lebih banyak berinteraksi di laman Facebook.

Apa yang ingin saya ceritakan adalah mengenai mimpi saya semalam ~ setelah selesai menunaikan solat, saya teruskan mengaji dengan bacaan Surah Waqiah,Surah Al Imran dan juga Surah Yusof. dan mata agak mengantuk lalu tertidur.

Kali ini mimpi yang saya alami agak ganjil.  Saya ingin menunaikan haji di mekah bersama Ibu saya, namun di halang kerana akat Ibu saya, saya masih sakit dan pada satu ketikanya sedang saya berjalan-jalan saya terlihat di atas langit ada bidadari yang berwarna coklat bergemerlapan bagaikan burung yang besar dan di sebelahnya pula satu makhluk yang berupa king cobra berwarna hijau lalu saya menceritakan kepada kakak sulung saya, tiba-tiba tangan saya di ikat dan adik beradik saya ingin memasukkan saya ke dalam Hospital, dan kakak sulong saya menyuruh saya mengeluarkan segala simpanan wang yg ada di dalam bank, apa lagi meronta-rontalah saya memohon belas kasihan sampai hidung saya tersekat sukar untuk bernafas.

SubhanaAllah sememangnya agak seksa waktu itu ~ ia di antara hidup dan juga mati dan sempat saya berdoa kepada Allah seandainya telah tiba waktu saya meninggalkan dunia ini biarlah saya pergi dengan aman lalu mengucap dua kalimah syahadah ~ tiba-tiba handphone saya berbunyi lalu saya terbangun dari tidur dan menyahut panggilan itu.  Tak pernah Taukeh Jacuzzi ini menaliphone saya seawal pukul 9 pagi ~ malah tak pernah pun call bertanyakan tentang hasil kerjanya membaiki pam jakuzzi saya yang telah rosak kelmarin ~ dengan suaranya yang agak mengantuk beliau bertanya ~ macam mana pam yang di belanya hari tu? saya menjawap di dalam terpinga-pinga mengatakan pam kondisinya bagus ~ dan beliau tiba-tiba berkata bahawa suface pam yang baru ada di dalam simpanannya untuk menghalang air tersumbat ~ saya terpaku sebentar seolah-olah ada kaitan dengan mimpi saya tadi bahawa hidung saya tersumbat & dan dan Taukeh ini menaliphone tepat pada masanya ~ namun saya menolak dengan baik bahawa saya masih belum memerlukan ianya lagi.

Moral of story ~ itu lah kekuasan Allah yang maha mengetahui dan seandainya kita ingin di selamatkannya ada sahaja pertolongan yang di berikan tanpa kita duga dan tanpa kita ketahui ~ sejurus itu saya perbetulkan penafasan saya dan mengucap banyak-banyak. Alhamdulillah.

Allah masih memberikan saya peluang untuk terus hidup bagi bagi memperbaiki kelemahan diri dan dari mimpi itu saya terkenang akan sang bidadari yang cantik bagaikan burung yang bergemerlapan memberikan ilham kepada idea yang bakal kami ketengahkan tidak lama lagi ~ matanya yang bagaikan burung pungguk tidak hilang dari ingatan saya ~ SubhnaAllah cantiknya bidadari di dalam mimpi saya itu ~

 Kereta baru sempena Raya
13/8/2012)

Selepas hampir 6 tahun tidak berkereta di sebabkan sakit yang panjang, suami dan juga adik beradik saya yang lain telah pun mengambil keputusan untuk menjual kereta saya, di sebabkan sakit takut kereta tersebut tidak terurus, maka sepanjang perjalanan itu saya hanya mengunakan transport milik anak saya sahaja.

Tentulah apabila di berikan peluang oleh Allah swt untuk sembuh semula, saya jadi aktif seperti dahulu, ada sahaja aktiviti yang memerlukan kenderaan untuk saya bergerak lebih-lebih lagi untuk hal ehwal meguruskan perniagaan di kedai,menghadiri event dan juga sebagainya.  Dan yang menjadi mangsa adalah kereta anak sulung saya yang paling banyak berjasa.

Namun lagi seminggu sebelum Hari Raya tahun ini, setelah berbincang dengan suami saya akhirnya semalam saya mengambil keputusan untuk membeli baby B yang pernah saya kehilangan dulu namun apa yang istimewa ia adalah lebih bagus dari sebelum nya dan yang penting tak berhutang dengan pihak bank di mana saya membelinya secara cash ~

Memerhatikan perjalanan kerjaya saya selepas mampu bangun semula, saya sebenarnya tidak menyangka apa yang terjadi, pernah kehilangan segalanya di dalam masa 6 tahun namun setelah kembali sihat, setahun lepas saya mula dapat balik apa yang pernah saya hilang, peminat,perniagaan kembali pulih kerana saya telah mula pandai menggunakan laman IT, kereta dan juga premise perniagaan saya yang baru iaitu wisma NBC di Nilai.

Saya berusaha siang dan malam bagi menambah pendapatan ini dengan melahirkan produk branding seperti buku pengalaman saya di dalam industries ini, bulu mata keluaran syarikat saya, cosmetic dan yang terbaru adalah Tshirt dan juga DVD tutorial.

Sebenarnya bidang ini bolih pergi jauh, pertama harus cipta nama dan yang kedua apabila modal telah terkumpul, kita bolih melabur untuk produk branding sendiri seperti apa yang telah saya lakukan.  Dan semuga dengan ini ia akan memberikan satu semangat baru kepada mereka-mereka yang pernah jatuh dan juga ketinggalan di mana yang berjaya itu tidak semestianya tiada saat duka, dan yang pernah jatuh tidak semestinya tiada masa depan.

Yang pasti ia adalah perancangan daripada Allah swt yang kita sendiri tidak tahu ~ mungkin DIA ingin mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi.  Wallah hualam ~ macam kes saya ini ~ mungkin semasa sihatnya saya lebih kepada dunia alam maya, x percaya promosi melalui laman web dan sebagainya ~ lebih kan iklan di dalam media dan juga akhbar, namun setelah sakit ~ x de nak buat apa saya mulai berjinak-jinak di alam cyber, melayari FB,blogpage, youtube dan sebagainya.  Dan Alhamdulillah ia sememangnya berbaloi.  Kalau tidak mungkin saya tidak kenal laman IT selamanya dan ini lah hikmah yang mungkin tiada siapa yang dapat menduga, hanya Allah yg maha karya menyembunyikan sesuatu yang belum pasti dapat kita lihat dengan mata kasar dan juga mencakupi fikiran kita untuk berfikir.  Dan kerana itu juga saya semakin dekat dengan Allah swt ~

Semuga dengan itu saya tambah semangat untuk terus melangkah maju ~ di dalm tenang ada seribu satu kisah yang kini saya hungkai untuk tatapan semua bahawa hidup tidak selalu indah, ada masa jatuh dan ada masa bangun semula dan jadikan kisah semalam sebagai nastolgia untuk hari ini, bagi kita kembali menyusun langkah menerpa hari ini di dalam sejarah.

Ramadhan yang penuh dengan hidayah Nya
(11/8/2012)

Diam x diam Ramadhan telah pun melangkah ke hari 22 di mana seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa bagi menyuci segala dosa pada bulan-bulan sebelumnya.

Banyak juga kejayaan yg saya tempuhi sempena bulan Ramadhan ini di mana para Model kami di short listed kan untuk syarikat besar seperti Globe by Sarah Hudhes dan juga Mydin Berhad, kursus Modelling yang bakal kami anjurkan pada 2/9/2012 full house dan juga sebuah syarikat di Nilai hire kami untuk menyiapkan ahli AJK untuk malam annual dinner mereka di Shangrila Bulan 9 nanti.

Apa yg buat saya terharu ialah, walau pun ada cakap-cakap yang mengatakan saya tidak berbuat apa di dalam FB ini hanya upkan status sahaja, namun cakap-cakap itu tidak melumpuhkan saya, orang business semacam saya ni manalah nak buang masa sekiranya ia tidak memberikan apa-apa menfaat dan kini ia terbukti sedikit demi sedikit.  Kita berceloteh ada tujuan iaitu menarik perhatian ramai pihak supaya lebih mengenali siapa diri kita yang sebenar.  Saya berkongsi ilmu,idea dan juga ilham dan ternyata ada yang pandang dan pengorbanan merumpunkan kata-kata di laman FB sebenarnya tidak sia-sia.

Cuma itu lah di bulan mulia ini juga adalah terdapat beberapa perkara yang mengguris perasaan, namun saya yakin dapat mnyelesaikannya secara professional maklum berhadapan dengan orang muda, tiket yang paling utama hanyalah bimbingan, darah muda dengan darah orang tua mana lah sama ~ mereka bertindak mengikut perasaan manakala kita pula bertindak mengikut akal. Itu bezanya di antara yang lebih dulu makan garam.

Hari ini masa saya pack dengan beberapa temujanji di kedai selepas beberapa hari tidak menjenguk atas urusan syarikat dan staff saya pula iaitu Ariel Mazlan masih belum selesaikan soal transport ke kedai.  Pun begitu saya telah terbiasa handle syarikat sendiri kerana di sekeliling saya ramai kakitangan NBC Team yang sudi membantu. Alhamdulillah.  Dan saya memohon kekuatan semuga Ramadhan ini saya terus bersemangat untuk terus melangkah maju.

Translation :

Ramadan has been going to day 22 in which all Muslims in this entire world fulfill the holy fasting for impurity  on cleaning the sins in the previous months. 

During this month a lot of success encountered me in which our NBC Walk of Fame model have being short listed for major companies such as Globe by Sarah Hudhes and Mydin Berhad.  Modelling course that we will be organized on 09.02.2012, already full house and also in Nilai, we have being hire to complete the make up to the committee members for a night of their annual dinner at Shangrila Hotel, Kuala Lumpur, later in September.What touched me is that, although there is statement saying I do not do anything in FB page, just busy updating status without handful of work,  but such in moral statement did not paralyze me, what kind of routine I kinda insisting my time on motivate people day and night if there is no solid reason? than if it does not give me any proven benefit why should I do it frequently?, but slowly little by little I manage proven it to them, we are doing that just in order touted to others getting closer in a way of getting familiar who we really are. I share knowledge, ideas and inspiration and it appears that visual and sacrifice.

But in this holy month also there are some new lesson Ive learn in which involve feelings, but I am confident the professional that I had and also experience its easier to deal with young people, most major ticket is only guidance, they act according to feelings while we are acting according to reason. This is the difference between young generation and also old generation.Today I was pack with few appointments at the store after a few days absence over the affairs of the company and my staff Ariel Mazlan is still not yet solved his transport problem. Even then I was lucky accustomed to handle my own company because many employees around me who were willing to help and they are capable enough from NBC Team. Alhamdulillah. And I apply my strength on Ramadan holy month  to continue eager to complete the progress.


Selamat tinggal Gossip oh gosip Hidayah Malam Lailatu Qadar
(9/8/2012)

Terlalu melayani FB kadang-kadang bolih buat kita berperang dengan pelbagai perasaan ~ ada marah ~ kecewa ~ sakit hati dan juga sebagainya, maklum semua follower dapat membaca status kita dan apabila ramai fans lagi stress sbb nak jaga ramai hati.  Kalau tak jaga hati si A, sebab nak ketengahkan dulu masalah C, B & C si A pulak merajuk dan tak pasal2 serang kita dgn kata2 pedih.  Terasa bagaikan Wakil rakyat pula.

Saya sememangnya suka update status sekadar menasihati dan juga mencurahkan ilmu, nama nak dengki dengan pencapaian orang lain, sudah tentu itu bukan sikap saya.  Dan FB juga lah punca rezeki ramai orang.  Namun cemburu sememangnya ada tapi saya tukar kan ia kepada positive.  Jika orang bolih lakukan, saya juga akan buktikan yg saya bolih lakukan lebih baik mengikut kemampuan saya.

Kini dah pandai edit laman blog, terima kasih saya ucapkan kepada kakitangan NBC yg baru iaitu Ariel Mazlan yang banyak membantu saya mengemas kini laman blog ini.  Saya rasa nak berceloteh di dalam ini sahaja dan nak kurangkan aktiviti status di dalam FB melainkan soal perniagaan ~ bukan apa, masing2 akan menegakkan diri benar dan orang lain salah.  Jadi saya sudah bosan.  Genap setahun menjadi pelayar FB saya jadi stress dan rasakan tiada kebaikannya begitu.  Lama-lama tambah dosa sahaja.

Lagi satu kalau kita x berapa kenal individu tu secara dekat jgn lah mencurahkan apa2 cerita ~ tak pasal2 menyampai dan tambah mcm2 perisa di dalam tu dan sikap ini sangat bahaya ~ jadi kurangkan berkawan dan hanya pilih org2 yg satu kepala sahaja.

Laman FB mmg banyak mata yang memandang, yg membaca dan tidak lupa silap penafsiran dan kadang2 kita dah berkorban sejauh mungkin bagi membantu mereka namun tidak di hargai ~ jadi nak kata apa lagi ~ baik lah jaga hati sendiri ~.

Saya banyak lagi agenda yg perlu di lakukan iaitu memajukan NBC bersama project2 yg akan dtg mengikut keupayaan saya ~ seeluknya berdiam diri sahaja dan buat kerja itu lebih bagus ~ kang bagi nasihat lebih2 kata kita kata dia macam2 ~ atau paling nak saya luku kepalanya bila kata kita dengki dengan pencapaiannya dan macam2 lagi ~ apa lah nak dengki sangat sedangkan kalau nak di ukur mmg jauh beza ~ sorry to said ~ akan tetapi salah kah bagi kita yang telah berpengalaman ini memberikan nasihat atau pun mencurahkan ilmu? 25 tahun di dalam industries ini bukan sikit2 masa untuk di perlekehkan pendapatnya ~ dan event yg pernah saya masuk pun bukan calang2 event ~ semuanya anjuran akhbar2 tempatan dan juga majalah2 tempatan yang di adakan di hotel2 terkemuka seperti jarum emas anjuran Utusan Malaysia dan sebagainya.

Manakala pembabitan saya di dalam bidan modeling ini bukan setakat event suka-suki akan tetapi mewakili Negara untuk Ratu Pelancungan Malaysia dan juga Miss Qualitym Queen Pageant jadi tidak salah untuk kita berikan nasihat, supaya tidak terkena ~ itu satu hal dan kalau melibatkan ramai orang beratus pula halnya nanti ~ esuk dah terkena mula lah update status minta maaf cerita bla bla bla sampai setahun x sudah dan ada tu terus lesap dan senyap.  Maka itu kita perlu makan nasihat.  Kalau x de yg nasihat kan sampai bila pun kita x pandai dan akan seterusnya begitu.

Saya ni ada juga yang menasihatkan. Saya terima dgn hati yang terbuka. Tapi bukan bermakna terima bulat-bulat just malas nak cerita panjang ~ ada nasihat yang baik sudah tentu beruntung kerana ada yg sudi menegur tapi semakin di layan semakin menjadi2 dan akhirnya hilang rasa hormat.  Jadi saya hanya buktikan yang mereka salah itu sahaja as kita lebih kenal siapa diri kita.

So perlu kah saya kata selamat tinggal FB and welcome blogpage? hermmmm....InshaAllah mudah mudahan dan di harapkan ada add comment di sini ~ dan ini hidayah yg saya dapat malam yg istimewa ini selepas menunaikan solat Inshak iaitu kurangkan ber FB yg payah untuk saya laksanakan ~ namun melihat status orang mmg tiada kebaikannya ~ mengumpat sana sini ~ hanya diri sahaja yang baik orang lain yang bersalah ~ so biar lah FB untuk update kerja sahaja ~ dan saya sedang mencari gaya terbaru di dalam mengupdate status supaya orang lebih ke halaman blogpage ini ~


Kesibukan Melanda.
(9/8/2012)

Hari ini sememangnya amat sebuk sbb nya selepas kedai siap sebulan selepasnya, saya pun terpaksa ke KL untuk renew semula pendaftaran syarikat saya iaitu Nora Bridal Creation, dan juga registerkan nama syarikat yang baru untuk studio saya yang terletak di First Floor untuk nama NBC Walk of Fame atau singkatan NBC WOF ~ wah mcm serigala pula bunyi nya ~ hehe. Namun kali ini lebih mencabar iaitu saya telah mendaftarkan kedua-dua syarikat saya iaitu Nora Bridal Creation dan NBC Walk of Fame sebagai anak syarikat NBC By Nora Aziz Co. Sdn Bhd.

Maklum sudah 25 tahun di dalam industries ini sudah tentu lah, tiba masanya untuk saya mempunyai syarikat Sdn Bhd, dan kesemuanya adalah atas dasar kasih sayang dan sokongan padu yang telah di berikan oleh suami saya yang tercinta iaitu Muhammad Zaki Mizumoto, yg telah banyak membantu saya di dalam pahit dan juga manis saya mengharungi cabaran di dalam industries ini.  Pernah jatuh dan juga bangun dan tanpa suami dan anak-anak sudah tentu ia tdk dapat saya laksanakan dan saya juga turut bersyukur kepada Ilahi kerana Naar yg telah di berikan kepada saya ~ syukur Alhamdulillah.

Pun begitu, sesibuk bagai mana sekali pun, sudah tentu ada berita gembira yg ingin di kongsikan, kursus Modelling yang saya anjurkan bersama Instructor yg saya import daripada luar negara iaitu Madoks Charles mendapat sambutan hangat ~ malah sampai terlebih class ~ maka ada yg terpaksa di tunda untuk tarikh akan datang bagi season 111 pula iaitu pada tarikh 28/10/2013.

Ramai super Model yg berpengalaman mengikuti kursus yg NBC anjurkan ini, semata2 mereka ingin mengasah skill yang ada dan saya menyambut baik akan sambutan yg di berikan dan InshaAllah saya akan berusaha untuk mengenengahkan bakat-bakat mereka ini ke mata masyarakat luar yang memerlukan perkhidmatan mereka bagi menjadi duta product atau pun Model untuk barangan keluaran mereka ~

Bagi anda2 di luar sana yang ingin kan bimbingan khusus dpd NBC sila lah hubungi saya di talian 019 385 5558 ~ pasti lah akan di layan dgn mesra ~ 

Selamat berpuasa semua dan tak lama lagi kita sambut raya ~ jgn makan terlalu byk ~ nanti susah nak kurus dan attend kursus modeling bersama saya ~ hehe :D 

~ Nora Aziz ~ 


Last season 1 ~ Bed Posing Position instructed by Madoks Charles~

 Beware of scammed !
(4/8/2012)

Macam-macam yang berlaku kini ~ ramai manusia di dalam dunia ini ingin mengambil jalan mudah dengan mendapatkan keuntungan atas angin iaitu dengan cara meipu dan juga memperdaya dan pagi ini sahaja seorang hamba Allah in box saya melalui account Facebook bertanyakan apa yang terjadi dgn event yang bakal kami lagsungkan kerana tarikh pun sudah hampir dekat, mangsa sebenarnya telah pum membuat bayaran sebanyak RM 120.00

Message tersebut berbunyi begini

Talents..im dewi from VNL talent.i've got job for Eid..photoshoot..so here the infmtion

Dte:6th august
Venue:tmn tsik titiwangsa near 2 control car court.
Time:10am-3pm
Job for stailista mgzne from NBC,pymnt minmum rm1100 get by hand after done phtsht,you need to pay rm120 only for portfolio and to pay dposit for MUA and clothes.clothes will be spnsr by VNL's boutique..after shoot you will get pymnt,blck n whte,rm120 will be return.pm me if interested.

Sebenarnya untuk pengetahuan semua kami tidak pernah menggunakan sebarang promosi melalui kiriman sms ~ semuanya adalah melalui official FB kami dan juga web portal kami dan bagi anda-anda di luar sana haruslah berhati-hati sebelum terkena.
I hate scammer
Modeling Contract with Globe Silk Store Malaysia by Sarah Hughes & Maydin Berhad
(3/8/2012)


Terkejut saya menerima kiriman pm dari seseorang bagi mewakili dua syarikat besar ini seperti Sarah Hughes dan juga Mydin Berhad, di mana mereka memerlukan perkhidmatan Model dari syarikat kami di dalam waktu yang terdekat.  Sebenarnya kami walau pun berpengalaman hampir 25 tahun di dalam industries ini berbalik dari pengalaman saya sebagai bekas ratu pelancungan Malaysia, sudah tentu lah ia tidak menjadi sesuatu yang baru untuk saya bagi mengendalikannya .

Pun begitu NBC sebenarnya baru sahaja conduct kursus Modeling pada bulan July lepas dan tidak kurang dua hari mengumpulkan para Model yg layak dan juga yang telah mendapatkan bimbingan training ke dalam satu group di laman Facebook iaitu NBC Walk of Fame Model management, kami telah pun mula di lamar untuk membantu syarikat tersebut bagi menggayakan barangan dari dua shopping complex ini.

Sudah tentulah ia adalah lembaran baru untuk dunia yg baru saya ceburi ~ malah sekiranya ia berhasil bermakna NBC menambah portfolio lagi di dalam lipatan sejarah kerjaya saya ~ maka atas dasar last minute itu saya terpaksa berkerja lebih masa untuk submit comb card dan juga quotation untuk sebut harga. 

Globe Silk Store by Sarah Hughes





Mydin Shopping Complex 



No comments:

Post a Comment