Ini ada satu lagi kisah panas yang ingin
NAIL'ed (
short form untuk nama baru studio persolekan NBC iaitu Nora Aziz Inspiration Lane) kongsikan bersama dengan adik2 di luar sana yang baru sahaja ingin menceburi bidang seni solekan tanah air ataupun kepada akak-akak yang telahpun terkena akan nasib malang. Kisah ini terpaksa
NAIL'ed ketengahkan bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa ataupun demi untuk kepentingan perniagaan yang sedang
NAIL'ed jalankan semenjak sekian lama.
Ia adalah panduan kepada semua supaya kita mengambil iktibar daripada kesilapan dan juga semuga dengan kisah ini kepada adik2 yang budak2 baru belajar lebih bersedia untuk bijak berbelanja demi untuk masa depan yang gemilang supaya tidak silap memilih tempat mana yang betul untuk mereka belajar seni solekan ini. Jangan hanya terpengaruh dengan dunia glamour dan fame sahaja iaitu dengan dunia celebrity semata untuk memanjangkan langkah. Ingat itu adalah umpan semata untuk menjerat kita, apabila sudah terjerumus pelbagai masalah akan timbul di kemudian hari, bukan itu sahaja, lagak diri turut berubah...jalan pun ada gaya macam SALOMA...lengang lenggok dan lagak sikit...tapi poket kosong macam MAT JENIN...Pasang angan2 je lebey, mengalahkan artist. Jangan Marah kepada sesiapa yang terasa tetapi ini memang kenyataannya kerana mata cik paku pakis pun dah naik berbulu melihatnya.