Followers

Saturday 4 August 2012

Wajah baru Bangunan Nora Bridal Creation (NBC Walk of Fame)


Salam Sejahtera.

Lama rasanya tidak update blogpage ini.  Sebenarnya kesibukan masa dan kurang mahir update blogpage membuatkan saya banyak menghabiskan masa di laman Facebook dan juga Twitter sahaja.  Tambah-tambah lagi premise perniagaan saya yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan memakan masa yang agak lama untuk di sudahkan.  Maklum bukan mudah untuk berurusan dengan contractor, sekiranya di marah makin lambat, merajuk konon.   Lama-lama hanya memendamkan perasaan dan bersabar sahaja sehingga segalanya selesai.  Alhamdulillah.

Pun begitu nilai ubah suai sememangnya agak mahal dan tidak perlu lah saya sebutkan di sini dan bagi saya di dalam masa setahun belum tentu ia akan dapat di kumpulkan semula, demi cita-cita dan juga ingin membangkitkan semula perniagaan ini saya teruskan dan bangkit semula walau pun telah agak lama ketinggalan di dalam industries ini selama 5 tahun yg lampau di sebabkan kesihatan.  

Dan pada July tahun 2011 ill  make a total come back sedikit demi sedikit, meraih perhatian di dalam Facebook memperkenalkan diri saya kepada generasi baru dan Alhamdulillah dari sana saya mula di lamar oleh TV AL - Hijrah untuk menaja solekan bagi peserta2 Solehah selama 3 bulan berturut-turut yang membawa kemenangan kepada Juara Solehah musim pertama iaitu Tasneem Sophia, di mana beliau kini menjadi host rancangan Soal Wanita terbitan TV AL - Hijrah, pada setiap hari Sabtu.  

Selepas itu sedikit demi sedikit saya menerpa kejayaan dengan menjadi penulis tetap ruangan kecantikan Majalah Stailista, edaran Suri Media Sdn Bhd selama dua tahun berturut-turut dan melalui ruangan itu saya bercerita apa sahaja mengenai infor terkini kecantikan, tema shooting terbaru untuk dunia photography dan sebagainya.

Di dalam blogpage ini sekiranya anda layari beberapa column anda akan lihat apa yg telah saya lakukan selama setahun saya mula aktif semula di alam cyber ini dan yang pasti anda akan tertawan dengan setiap perkembangan yang telah saya lalui bagi memertabatkan semula dunia fashion Pengantin ini.

Dan nantikan coretan saya setiap waktu tanpa batasan sekiranya saya di anugerah kan ilham.dan juga idea warna di dalam penulisan 

Anda yang mungkin tidak mengikuti perkembangan diri saya di dalam Facebook mungkin tertanya-tanya apa yg berlaku kepada saya kini dan bagai mana agaknya rupa bentuk premise perniagaan NBC yang terbaru.

 Di sini saya sertakan project bangunan NBC dahulu ~ kini dan selamanya ~ InshaAllah.



NBC July, 2011

NBC July, 2012

Pandangan dari sudut tepi
Pandangan di atas adalah sudut hadapan bangunan NBC, di mana sebenarnya bangunan ini mempunyai dua entrance iaitu sudut hadapan dan juga pada sudut belakang yg buat masa ini saya belum dapat meluangkan masa untuk memberikan sebarang hiasan lagi.

Sebenarnya setelah 3 tahun berkhidmat di Adelaide, Australia saya tertarik akan sun roofing yang menghiasi kebanyakan premise perniagaan bangunan di sana dan ilham dari sana saya bawa pulang ke negara ini untuk saya abadikan kepada bangunan NBC yg baru ini dan sudah tentu reka bentuk canopies yang menghiasi Butik Chanel seluruh dunia menjadi inspirasi saya yang abadi.  Mujur ada syarikat di Malaysia yg mengimport material dan juga jenama yang sama dari negara Australia itu.

Saya mmilih cat berwarna hitam memandangkan ia lasak dan warna yang tahan lebih lama. Manakala mini landscape adalah bercirikan hiasan taman Bali yang cukup simple bagi menggamit ketenangan.  Mungkin bagi mereka-mereka yang menceburkan diri di dalam bidang ini mereka juga ada daya kelebihan untuk menghiasi reakaan dalaman dan juga luaran premise perniagaan mereka dan sudah tentu lah saya juga tida terkecuali untuk mencurahkan bakat.

NBC back entrance - before
NBC back entrance after.

NBC back entrance before and after ~ setelah di tukar dengan pintu kaca, di cat baru warna hitam bersama padanan sun roofing ia nampak lebih bergaya, cuma belum ada kesempatan lagi untuk menghiasi pandangan dari back entrance ini.


Sebelum

Interior dalaman selepas.
Interior dalaman pula saya tertarik dengan hiasan dalaman dari negara Italy dengan kemasan plaster ceiling berwarna dan juga lampu chandelier, dan ke semua baju-baju saya lebih senang ia di gantung di dalam wardrobe yang di tempah khas menggunakan warna latar kayu, burgundy, kuning air, puth dan juga gold supaya ia nampak mewah.  Cuma hiasan pelamin belum ada kesempatan lagi untuk menatarias nya dan kemungkin besar selepas raya nanti.

Ruang walk in agak panjang jadi saya membahagikan beberapa sudut iaitu ruang wardrobe untuk gantungan baju dari pelbagai design,wardrobe untuk dulang hantaran, sudut pelamin, kamar kasut,changing room, pejabat untuk saya bertugas, reception bersama perfume display cabinet dari product branding NBC, pantry dan juga sudut yang paling saya gemari iaitu country side wardrobe.

Country side wardrobe

 PEJABAT BERTUGAS 

Di Ground floor ini juga lah terletak nya pejabat saya bertugas di mana di sinilah saya saban hari mencurahkan idea dan juga ilham di dalam menguruskan perjalanan perniagaan saya dan idea wardrobe ini saya cipta sendiri memandangkan ia sgt praktikal untuk saya bersolat, menyalin pakaian dan menyimpan segala kertas kerja yang bersangkut paut dengan urusan perniagaan saya.  Kadang-kadang sampai terlupa untuk pulang ke rumah.

Pejabat sebelum di ubah suai

Pejabat setelah di ubah suai.


  

No comments:

Post a Comment