Followers

Friday 31 August 2012

Berkursus itu wajib !!

Budak-budak sekarang lain benar peel nya berbanding dgn kita dulu-dulu ~ semua nak kena spoon feed ~ hehe ~ kadang2 saya senyum dan naik naik angin pun ada ~ aduhai mengapa bolih jadi mcm ni ~ kita belum di dalam kayangan lagi adik oiiii di mana apa nak semua dapat ~ sebut sahaja dapat semua ~ kita ni masih di dunia nyata ~ kena usaha gigih baru dapat hasilnya ~ dan menuai padi bukan bolih dapat berasnya esuk ~ kena tunggu tarikhnya step by step dari menyemai biji benih ~ menanam dan seterusnya menuai lalu memproses ~ tapi nak dapat beras on the sport bolih sahaja gunakan duit betul tak?

Macam ni lah ~ bila kita ikuti kursus atau pun sebarang event ~ jgn lah harapkan job ~ ada rezeki adalah x de nak buat mcm mana ~ kita berkursus nak memantapkan skill ~ mcm pergi sekolah ~ semua org ada cita2 nak jadi somebody di dalam kehidupan mereka ~ namun perlu tekun belajar dan usaha gigih baru bolih kejar cita-cita dan x bolih lah kita harapkan sekolah tersebut jadikan cita-cita kita itu jadi kenyataan.

Sama juga lah dgn dunia ini ~ Allah dah bagi kita mcm2 kelebihan dan juga kesenangan cuma perlu usaha untuk kita mencari yakni melalui tawaqal ~ x usaha mcm mana nak terpa kejayaan dan kita tak bolih nak salahkan Allah kerana x membantu kita.

Jadi anggaplah kursus itu hanyalah persediaan dan jgn harapkan lebih daripada itu ~ makanya byk kursus atau pun event tdk dapat di jalankan dgn baik kerana tiada sambutan ~ market seakan demam dgn mereka2 yang harapkan lebih daripada itu ~ kebiasaannya bila masuk kita harapkan sesuatu ~ lalu ikut kepala sendiri x berkursus akhirnya quantity lebih byk daripada quality berbanding dgn kami dulu ~ perlu benar2 mahir baru bolih maju ~ tu pasal org sekarang majunya kejab aja dan org lama masih bertahan ~ sebab apa? sebab ini lah cer fikir panjang ~ jgn gopoh gapah dan jgn ikutkan nafsu duniawi ~ anda tdk akan kemana2 ~ kejar ilmu dulu untuk memantapkan diri.

Apa yg bolih kami bekalkan adalah ilmu yg ikhlas bagi bekalan anda merancang masa depan anda dan selebihnya seandainya ada peluang why not? ia rezeki anda dan kami tiada favoritism ~

No comments:

Post a Comment