Followers

Wednesday 26 September 2012

Jupiter & Mercury (Shooting Tema Solekan Terbaru)

Saya sememangnya agak sebuk semenjak kebelakangan ini dengan pelbagai schedule untuk photo shooting dan juga event NBC yg kini saya realisasikan satu persatu dan baru-baru ini pada 15hb September, 2012 saya dan juga NBC Team MUA Eisya Rahman dan juga MUA jemputan Princess Aurora Zuraif bersama Photographer jemputan Yusz Alam Sengketa telah merialisasikan tema Jupiter dan juga Mercury sempena nama planet untuk tema solekan terbaru menuju ke tahun 2013.

Kali ini saya menjemput dua orang Model iaitu Siti Nurjamilah Khasim, yang memenangi pertandingan pencarian Model di Facebook tahun lepas dan juga seorang Talent yang bernama Shasha yg baru sahaja ingin berjinak2 di dalam dunia modeling ini. Dan sudah pasti busana pada kali ini adalah daripada Designer jemputan saya iaitu My Bakawali yang kini sedang maju mencipta nama.  Busana yang di kenakan berwarna silver unggu untuk tema Mercury manakala untuk tema Jupiter pula dari busana yang di sulam dari fabric songket dan juga gabungan French lace yang di tatah dengan sequin dan juga batu permata ~ sememangnya indah ciptaan busana dari My Bakawali kali ini.

Sebenarnya untuk merialisasikan tema ini ia bukan sesuatu yg di jangka kan dan tidak terfikir langsung sebabnya editor Stailista Magazine Encik Anwar Razali, hanya inginkan tema berlian untuk para mempelai alaf baru ~ jadi di dalam fikiran saya hanya tema bling-bling dan juga bergemerlapan bagaikan berlian dan sudah tentu pada ketika ini apa yg ada di kotak fikiran saya hanya solekan fantasy yg kebanyakan nya di laksanakan oleh photo shooting di negara barat.

Sehinggalah pada satu subuh, selepas selesai menunaikan solat subuh dan membaca beberapa surah yang baik saya kepenatan dan terus tertidur dan pada masa itu saya di berikan mimpi yang indah dan menakjubkan di mana di buka kan hijab untuk saya melihat dua bidadari di atas langit dan semenjak itu saya di berikan ilham akan warna2 yg sangat menarik sesuai untuk tema ini cuma ia bukan sesuatu yg bolih di laksanakan dan tercapai oleh akal kerana skill solekan yg saya ada tidak sehebat hasil karya yg telah Allah persembahkan di dalam ilham tersebut ~ apa yang dapat saya laksanakan hanyalah mengikut kemampuan dan juga budget yang ada dan mujur designer yg di pilih My Bakawali, sudi untuk berkaloborasi dengan saya pada kali ini di mana beliau baru sahaja menyelesaikan busana yg di maksudkan tanpa di rancang ~ segalanya adalah ketentuan dari Allah swt yg maha karya ~ syukur Alhamdulillah.

Dengan budget yang ada saya pun ke Nilai 3 dan mencari bahan2 yg sesuai walau pun tidak dapat menggunakan semua yang di beli namun agak berpuas hati dengan tema pada kali ini di mana ia cukup sesuai untuk pengantin tahun baru 2013 nanti iaitu solekan yg bergermerlapan ~

Kepada semua yg terlibat terima kasih saya ucapkan dan ini adalah berkat kerja sama daripada NBC Walk of Fame Model ~ MUA ~ Designer dan juga photographer yg terpilih ~

Untuk tema Jupiter dan juga Mercury ini ia mengisahkan satu zodiac bintang yang di kaji oleh astronomy sebagai Gemeni - dua wanita rupawan yang pintar dan sering kali berimaginasi dan cara mereka berkerja juga di pengaruhi oleh kedua2 planet yang mengelilingi bumi ini iaitu Jupiter dan juga Mercury ~ namun di sebalik kisah astronomy ini ada kisah lain yg sering kali di sebut oleh para ahli sufi ~ iaitu kejadian planet Zuhal ~ mari kita ikuti kisah ini ~

"Dan mereka yang di baca oleh setan2 pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman ini tidak kafir tetapi setan2 itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa jua yang diturankan kepada dua malaikat di negeri Babylonia yaitu Harut dan Ma'rut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan, "Sesungguhnya kami hanyalah cobaan(bagimu) sebab itu janganlah kafir."

Maka mereka mempelajari dari kedua-dua (malaikat itu) apa yang dapat memisahkan antara seorang(suami) dengan isterinya. Mereka tidak dapat mencelakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu."

Surah Al-Baqarah ayat102:

Kaum Adam sememangnya banyak telah melakukan kerosakan di muka bumi ini. Lalu Malaikat pun berkata beginikah keadaan khalifah Allah di bumi? kenapa Allah memilih mereka menjadi khalifah sedangkan mereka mengengkarinya?

Lalu Allah berfirman kepada para Malaikat “jika sekiranya Aku menjadikan kamu semua seperti manusia nescaya kamu juga akan melakukan seperti apa yang telah berlaku di kalangan manusia itu”

Malaikat menjawab; "wahai Tuhan! Maha Suci Engkau kami sekali kali tidak akan mengengkari Kamu. Maka Allah berfirman lagi; "pilihlah dua Malaikat dari kalangan kamu". Lalu para Malaikat memilih Harut dan Marut kerana mereka berdua adalah yang paling terbaik beribadat kepada Allah dari kalangan Malaikat. Firman Allah ” dan apa yang diturunkan kepada dua Malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut”

Surah Al Baqarah:102 .

Lalu malaikat Harut dan Marut diturunkan ke bumi sebagai manusia dengan nafsu syahwat yang sama seperti manusia biasa di sebuah kerajaan yang bernama kerajaan Babylonia.. Di sini memang banyak perempuan cantik dan maksiat merata2...

Ringkasan.

1.

Malaikat Harut dan Marut diuji dengan rasa lapar. Lalu setelah berjalan di bandar itu. Terjumpalah satu majlis keramaian. Rasa mulia telah menyebabkan mereka tidak terus meminta makanan kepada tuan punya majlis itu. Mereka hanya pergi duduk dekat dengan tuan majlis dan memerhatikan orang sekeliling. akhirnya tuan punya majlis menjemput mereka makan. Sesudah makan mereka melihat seorang wanita cantik. Mereka berasa bersalah dan mengalihkan pandangan dan beristighfar. Tapi rasa nafsu syahwat yang tinggi menyebabkan mereka melihat lagi. Akhirnya mereka keluar dari majlis itu dan bertaubat.

2.

Kedua-dua Malaikat itu mencari kerja. tengah mencari kerja, akibat terlalu lapar mereka telah mengikut orang ramai ke istana. Di situ ada majlis keramaian. mereka dihidangkan arak tapi mereka tidak mahu meminumnya. Raja istana merasa kagum kerana masih ada rakyatnya yang tidak pernah meminum arak.Raja itu bertitah, semua menteri dan pembesar diam dan mendengar titah raja tersebut. Titah raja berkisar tentang pertikaian tanah antaranya dengan salah seorang pembesarnya. Raja mahukan tanah tersebut dengan cara yang salah. Tidak seorang pun daripada hadirin yang berani mejatuhkan hukuman. Raja tidak peduli kepada menteri menterinya, lalu raja berpaling kepada Harut dan Marut dan bertitah; Aku nak dengar dua orang tetamu ini yang menyelesaikan isu ini. Akhirnya Harut dan Marut dilantik menjadi hakim kerana telah menyelesaikan kes ini dengan adil dengan menyuruh tanah itu diberi semula kepada rakyat itu.

3.

Mereka pun dapat bekerja dan tinggal di rumah berdekatan dengan Istana.Suatu hari dalam kesibukan mereka menyelesaikan kes orang ramai, tanpa di duga mereka di datangi dengan kes baru, kes itu melibat seorang wanita. Apabila wanita duduk di depan Harut dan Marut, mata mereka berdua terpegun melihat wajahnya yg cantik. Lalu mereka teringat ha! ha! ha! Ya Zahrah. Jantung mereka berdegup degup dan darah panas mengalir keseluruh badan, mereka berdua berasa hairan apa yang berlaku dalam hati mereka, rasa takut! rasa cinta! rasa benci ! berangan angan! Sungguh ajaib hati manusia. Aaah! Alangkah agungnya ciptaan Allah!Manakala Zahrah sedang menceritakan kes berlaku ke atasnya…Harut dan Marut sedang berada di awan awangan…berkhayal sambil asyik memandang Zahrah ..tanpa mendengar apa yang diceritakan oleh Zahrah…tiba tiba bisikan iman cuba menghalang mereka dari asyik memerhati Zahrah, mereka cuba memaling pandangan ke arah lain.. tetapi tak mampu kerana ada tolakan nafsu syahwat yang lebih kuat untuk melihat Zahrah dengan nafsu, seolah olah bara api membara dalam hati mereka berdua. Sehingakan mereka tidak sedar yang Zahrah telah selesai menceritakan kesnya.Harut dan Marut telah menangguhkan permasalahan Zahrah tersebut.

Keesokannya Zahrah segera pergi ke majlis Hakim, menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan Hakim. Pada malam itu Harut dan Marut tidak dapat kerehatan yang cukup, tidur mereka berdua terganggu dengan bayangan wajah Zahrah yang rupawan…Mereka berazam apabila Zahrah datang, mereka tidak akan memandang wajahnya. Tetapi akhirnya mereka tertunduk akibat hawa nafsu tersebut dan masih tetap melihat wajahnya dan akhirnya memberi keputusan yang tidak adil.Selepas hukuman ke atasnya di putuskan , dia bangun dan ingin pergi menyembah tuhan matahari dan mengajak Harut dan Marut sekali tetapi ditolak oleh kedua2 Malaikat tersebut.

Tetapi Zahrah tak peduli dan terus pergi. Bila Zahrah telah pun hilang dari pandangan kedua dua Malaikat tersebut, masing masing menyalahkan diri sendiri kenapalah mereka bersikap demikian dan teringat janji dan azam yang mereka untuk tidak mengulangi dosa yang sama bila berjumpa dengan Zahrah. Lalu Harut berkata; wahai sahabatku! sesungguhnya rahmat Allah itu amat luas, segeralah kita bertaubat kepada Allah SWT.

Pada malam tersebut Harut dan Marut tertidur sehingga ke pagi tanpa solat, istighfar dan bertaubat kepada Allah. Bila hari siang mereka pergi ke rumah Zahrah. Dihidangkan arak tapi mereka tidak mahu minum. Zahrah merajuk. Disebabkan ingin menjaga hati mereka, Harut dan marut pun minum. tiba2 ada tetamu datang. Dalam keadaang mabuk, Harut dan Marut berasa takut lalu menyangkakan tetamu itu akan memberitahu orang lain. Lalu mereka membunuh tetamu itu.

Setelah habis kesan pengaruh arak, di mana mereka juga turut melakukan dosa2 lain sehinggakan Allah murka lalu menukar kan Zahrah menjadi planet Zuhal dan para Malaikat yg tersedar daripada dosa2 yg telah mereka lakukan berasa amat menyesal, amat sedih sehingga mereka berdua berusaha untuk terbang ke langit tetapi tidak mampu kerana dosa yang mereka lakukan terlalu besar dan berat. Kemudian Harut dan Marut terdengar seruan dari langit; kamu berdua pilih samada kamu di azab di dunia atau di akhirat! Harut dan Marut memilih azab di dunia, lalu mereka berdua terus diazab sehingga ke Hari Kiamat.

Ada juga saya membaca cerita para ahli Sufi mengatakan selain Zahrah di tukarkan menjadi Planet Zuhal, Malaikat Harut dan juga Marut di tukarkan menjadi bintang Kejora yang berkerlipan sehinggan kini ~ Wallah hualam ~
Ini dia gambar-gambar untuk photo shooting itu yang saya abadikan nanti ke dalam Majalah Stailista keluaran October, 2012.  Dan tema solekan pada kali ini adalah skill high end fashion make up & juga haute fashion couture.

Jupiter & Mercury Theme:

Jupiter & Mercury in High End Fashion Make - up & Haute Fashion Couture 
Shasha & Siti Nurjamilah Khasim in Mercury & Jupiter Theme shooting 

Mercury & Jupiter
Mercury & Jupiter 
  Mercury Theme :


Shasha in Mercury
Mercury
Mercury Theme
 Jupiter Theme :
Jupiter
Jupiter Theme
Jupiter
Seandainya ada di antara anda yang ingin mengikuti kursus-kursus seni solekan bersama-sama dengan NBC ~ mengetahui pakej-pake perkahwinan dan juga kursus modeling yang kami tawarkan anda bolih email saya di : norabridalcreationbynoraaziz@gmail.com

No comments:

Post a Comment