Followers

Thursday 27 September 2012

NBC DVD Production untuk teknik shading & contour

Setelah hampir beberapa bulan merancang akhirnya saya merialisasikan cita-cita yang satu iaitu untuk menerbitkan DVD yang berbentuk education bagi membimbing peserta luar bandar yang agak payah untuk turun ke premise perniagaan kami yang baru di Nilai ~ bagi mempelajari skill teknik asas solekan iaitu teknik shading dan juga contour.  Maklum untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan ia memerlukan belanja yang besar dan juga budget, maka timbul ide asaya untuk membantu mereka dengan cara menerbitkan DVD ini.

Sebenarnya teknik ini sememangnya adalah formula rahsia bagi ke semua juru solek  ~ mana tak nya seandainya mahir akan pastilah segala kelemahan akan dapat di tutupi dan di atasi dengan mudah sekali ~ x payah buat plastic surgery ~ dengan sekadar solekan yang lengkap semua masalah dapat di atasi seperti jerawat,muka lebar,muka empat segi,wajah cengkung, terlalu kecil, kening tebal,hidung pesek, kulit gelap terlalu cerah dan sebagainya ~ dan saya kira memiliki DVD ini adalah satu kemestian bagi setiap Juru Solek ~ dan seandainya make up kita cantik dan meletup lalu dapat memberikan wajah yg lebih bagus kepada client kita sudah pastilah kita bakal menarik hati ramai pelanggan di masa2 akan datang ~ begitu pentingnya untuk memiliki DVD ini ~

Formula ini saya pelajari daripada Kryolan Germany, satu product terkenal Antarabangsa dan seiingat saya untuk sampai ke tahap itu saya terpaksa berbelanja hampir berpuluh ribu ~ jadi apa salahnya dengan hanya RM 100 sahaja (tanpa kiriman postal) ia mudah anda pelajari di rumah anda sahaja ~ hanya on lap top dan segalanya di dalam genggaman anda.

Namun biasalah setiap apa yang di usahakan akan pasti menemui jalan sukar ~ sbb masih tak nampak lagi hasilnya dan saya sudah banyak kali terkena, keluarkan modal dulu baru cari pembeli ~ zaman begitu telah pun lama berlalu kerana selepas ia-nya berada di pasaran akan pasti yang order liat untuk membayar ~ berbulan ikuti payment sampai mereka benar2 dapat membayar.  Maka itu saya kutip bayaran terlebih dahulu ~ sama sahaja proses nya, pun agak liat untuk membayar namun atas commitment segelintir daripada mereka yang mengetahui betapa pentingnya memiliki DVD ini, maka dengan kutipan yang ada untuk seramai 20 orang pembeli akhirnya saya laksanakan juga cita-cita ini dan keuntungan selepas production tolak tepi dahulu, di mana saya yakin selepas trailer-nya siap akan pasti pembeli mula bertambah.  InshaAllah dan mudah mudahan.

Oleh kerana NBC telah pun menganjurkan kursus modeling untuk cycle two, kami telah pun menjemput 5 orang Model yang layak untuk DVD production ini dan mereka adalah terdiri daripada Anies Anisah, Iqynn Xtrada, Eva Perez Full, Adinda Keliru dan juga Grimmie Bernal dan selepas teknik shading & juga contour saya laksanakan solekan telah pun di sempurnakan oleh Make - up Artist yang juga adalah anak didik saya di mana kebanyakan daripada mereka telah di serapkan masuk ke dalam NBC Team MUA.  Mereka adalah terdiri daripada Dynaz Art,Ogie Razali,Azfarina Aziz, Salfini Ilias dan juga Arin Noor dan production ini di rakam sepenuhnya oleh sahabat karib saya iaitu Mohd Noor daripada Paradigma Studio.

Di jangkakan DVD ini akan siap sepenuhnya selewat2nya sebelum 1/11/2012.  Dan selepas menghasilkan Buku Biography saya sendiri iaitu "Meniti Kejayaan Bersama Nora Aziz", "Nora Aziz Fashion Eye Lashes", "NBC Walk of Fame Model T Shirt" maka DVD ini adalah merchandising NBC yang ke empat ~ Alhamdulillah dan seandainya berjaya mungkin selepas ini saya akan menghasilkan lebih banyak lagi DVD tutorial untuk bimbingan secara global menuju ke alaf baru.  Saya ada juga cita-cita untuk menerbitkan DVD tutorial untuk ikatan hijab terkini namun saya lebih senang merialisasikannya satu persatu terlebih dahulu dengan pelan perancangan pemasaran yang effective dan DVD ini seandainya di izinkan Allah akan di pasarkan di setiap kedai buku di seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak dan juga Brunei ~ Pun begitu pendekatan saya adalah menerbitkan ia-nya sendiri tanpa perlu injuksi modal dari pihak lain ~ jadi biar pun lambat ia berbaloi untuk jangka masa yang panjang ~

Menceritakan pengalaman menghasilkan produksi ini ~ semua yang hadir datang tepat pada masanya, namun biasalah bila dah suruh datang pagi, adalah yang belum sarapan pagi, lewat sampai dan sebagainya kerana saya bimbang seandainya lewat start maka production mungkin akan selesai lewat malam, namun apa yang saya jangka kan tidak sama sekali ~ atas kehendak Allah syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, saya pun tak banyak adingan cut dan repeat ~ macam keretapi express pun ada, sehinggakan production terpaksa kata kena buat step by step sbb ini DVD tutorial ~ hehe mmg agak lucu kerana saya seringkali di tegur kerana cepat nak habis dengan kata-kata laju mcm air yang mengalir.  Ini lah akibatnya seandainya selalu practice dan setelah dua kali di wanwancara untuk stesyen TV, alah bisa tegal biasa ~ saya sudah tidak takut lagi berhadapan dengan lensa camera dan juga crew untuk rakaman video.  Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang di rancangkan dan amat teratur ~ semua pun pulang ke rumah dengan senang hati dan juga happy.

Kepada mereka-mereka yang mengambil bahagian untuk DVD production ini, terima kasih saya ucapkan.  Dan ini sebenarnya adalah perjuangan saya bagi mengenengahkan bakat2 mereka untuk mencipta nama dan peluang yang sebegini sebenarnya bukan mudah untuk kita kecapi.  Jarang kali sebuah syarikat menghasilkan productionnya sendiri di mana semua kakitangan atau pun crew yang bernaung di bawahnya di berikan keutamaan di dalam perjalanan untuk mencipta nama ini dan ikuti kursus bersama2 dengan NBC sebenarnya tidak lah sia-sia apatah lagi menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami seperti NBC Walk of Fame Model Management dan juga NBC Team MUA.

Untuk itu seandainya anda inginkan DVD ini untuk membimbing diri anda, anda bolih lah order melalui email ke alamat norabridalcreationbynoraaziz@gmail.com.


Di bawah ini saya sertakan beberapa footage untuk DVD production ini :

DVD casing for NBC Shading & Contour
DVD Production Crew Casting
Shading & Contour For Model Grimmie Bernal by Nora Aziz and MUA Ogie Razalie.
Shading & Contour For Model Adinda Keliru by Nora Aziz and MUA Dynaz Art.
Shading & Contour For Model Eva Perez Full by Nora Aziz and MUA Azfarina Aziz.
Add captionShading & Contour For Model Anies Anisah by Nora Aziz and MUA Arin Noor.
Shading & Contour For Model Iqynn Xtrada by Nora Aziz and MUA Salfini Ilias.

No comments:

Post a Comment